This slideshow requires JavaScript.

Pada 20 Januari 2012, saya telah dihadiahkan buku Legacy of Honour oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein . Terima kasih  pdan penghargaan setinginya kepada Datuk Seri Hisham atas kesudian bukan sahaja menghadiahkan buku malah menurunkan otograf di buku tersebut. Terima kasih kepada Pegawai Khas beliau, Pn Idamoerni Zakaria atas bantuan memudahkan mendapatkan buku tersebut.

Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Mohamed Noah dan ditulis oleh aktivis sosial, Zainah Anwar. Buku seperti ini memang sentiasa menarik minat saya kerana ia bukan sahaja bersifat piktorial sejarah malah banyak khazanah arkib yang tidak ternilai harganya yang boleh di jadikan panduan dan rujukan terutama generasi baru.

Buku ini secara asasnya membincangkan biografi  dan legasi tokoh tiga generasi iaitu Dato’ Ja’afar Mohamad, Dato’ Onn Ja’afar dan Tun Hussein Onn. Legasi tokoh-tokoh ulung ini sebenarnya amat menarik dan buku ini turut mendedahkan  saatu legasi salsilah keturunan yang saya boleh termakan sebagai “The Kennedys of Malaysia” dek kerana ramainya tokoh-tokoh negarawan politik, akademik dan sosial yang datang dari keluarga ini. Datuk Seri Hisham sendiri merupakan anak, cucu dan cicit kepada tiga tokoh tersebut. Malah tokoh ulung akademik seperti Prof DiRaja Ungku Aziz dan Prof Syed Hussein Al-Attas sendiri datang dari keturunan ini. Itu belum dikira puluhan individu yang menjawat jawatan-jawatan tinggi bukan sahaja dalam politik termasuk malah dalam angkatan tentera dan perniagaan.

Ulasa lebih kritis akan saya tulis dalam entri mendatang kerana saya masih dalam proses menelaah buku ini dengan lebih mendalam. Bagi yang belum berkesempatan, dapatkanlah buku ini dan pasti anda bukan sahaja terpegun malah akan berinspirasi.

PRESENTED at the 21st Malaysia-Indonesia Private Universities Conference 2009 & The 2nd World Conference of International Entrepreneur &Family Business Association 2009
29th & 30th October 2009
—————————————————————————————————————————————————————-

HAMDAN DATO’ MOHD. SALLEH

This paper concentrates on the specific era of Southeast Asian political development in the context of regional issues from 1946-1970. The post World War II era is vital to Southeast Asian countries as it marked the beginning of Decolonization. The paper will explain the aspect of regional organization, the issues during post World War II well as effects towards Southeast Asian nations in particular from regional point of view.
————————————————————————————————————
To understand the present and anticipate the future, one must know enough of the past, enough to have a sense of the history of a people.” — Hon. Lee Kuan Yew, former Prime Minister of Singapore

The term Southeast Asia was used since the World War II. Its normally refer to the region south of China and east of India. The countries includes Thailand, Laos, Vietnam, Cambodia, Myanmar (Burma), Indonesia, Malaysia, the Philippines and Singapore. With the exception of Thailand, these countries were gradually colonized by the Europeans as early as 16th century. Following World War II, these colonial areas gradually achieved independence. Strategically significant, the region was the centre of heavy fighting during World War II. Conflicts were also repeated in the post-World War II which consists of wars of independence, communist insurgencies as well as the dreaded Vietnam War.

Read the rest of this entry »

By ROSHAN THIRAN / The Star Oct 13, 2012
roshan.thiran@leaderonomics.com

Source: http://mystarjob.com/articles/story.aspx?file=/2012/10/13/mystarjob_careerguide/12111030&sec=mystarjob_careerguide

What do Steve Jobs, Michael Dell, Bill Gates, Sir Richard Branson and Simon Cowell have in common? Other than being incredibly rich and successful, they are also drop-outs. Apple Inc founder, Jobs, did one semester in college before taking his chances on the real world. So did Dell, who started Dell Inc (then PC’s Limited) with just US$1,000 and a short-lived college career. Gates is still “on leave” from Harvard to run his billion-dollar company, Microsoft Corp. Branson didn’t finish high school but did manage to make Virgin one of the most valuable and bankable brands in the world. Before he was making Idol wannabes miserable, Cowell was just a humble mailroom boy.

Read the rest of this entry »

Beberapa jam lalu, tamat sudah perlawanan kelayakkan Olimpik d 2012 antara Malaysia dan Jepun. Seperti diramal, Samurai mudah menjinak Harimau. Kekalahan 0-4 itu merupakaan kekalahan kelima berturut-turut. Dengan kata lain, main 5 kalah 5. Kejayaan layak ke peringkat kumpulan dalam kelayakkan Olimpik kali ini seolah-olah tiada maknanya lagi. Adakah kita gagal? Kita tidak gagal, tetapi belum berjaya. Nampaknya perjalanan masih jauh. Kejayaan memenangi dan mempertahankan emas sukan SEA , menjuarai AFF serta layak ke pusingan kedua Sukan Asia serta peringkat kumpulan kelayakkan Olimpik zon Asia satu petanda baik tapi belum cukup hebat. Ini semua baru permulaan. Tapi nampaknya “panas” itu sudah suram. Ini perlu satu RESET …

Read the rest of this entry »

Kita baru sahaja melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1433 . Dalam tak sampai 32 jam lagi Tahun Masihi 2012 akan menjelma. Tentunya seperti amalan setiap tahun, ramai yang berazam dari sebesar ingin mencapai kejayaan tertinggi hinggalah sekecil ingin menurunkan berat badan atau ingin berazam kurangkan tidur dan bermalas-malas. Namun, amati betul-betul azam kita selama ini. Adakah ia hanya retorik mengikut adat setiap tahun ataupun satu tekad yang kita pandang serius untuk mencapainya. Kitalah penentu. Kitalah hakim.

Namun harus diingat, azam dengan tekad yang sebenar perlu ada. Jangan jadikan ia hanya mainan mulut. Lihat sahaja nanti di media-media sosial, disebalik ucapan tahun baru akan terselit juga azam-azam masing-masing. Buat tahun 2012 ini, jadikanlah azam kita semua satu tekad dengan niat sebenar-benarnya untuk mencapainya. Jangan lupa, azam ini perlulah yang positif.

Ingatlah Firman Allah dalam Al-Qur’an yang mafhumnya :

“….Sesungguhn“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)ya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Oleh itu, sebelum bertekad untuk mencapai azam yang besar dan mega, mulakanlah dengan keazaman untuk meningkatkan dan memperbetulkan sifat kita dahulu. Hanya dengan ini azam-azam lain pasti terlaksana. Mulakanlah dengan niat untuk menjadi Hamba Allah yang terbaik dan hebat. Susuli pula dengan amalan-amalan yang sebaik-baiknya. Hijrahlah dari keadaan dan perangai yang tidak baik kepada yang lebih baik. Iringi dengan doa’, usaha dan tawakkal kepada Allah Ta’ala. Pasti dengan izin Allah, azam kita yang hanya untuk memperbaiki diri dan berIslah kepadaNya akan menjadi pemangkin kita untuk mencapai kejayaan dalam berkeluarga, berkerjaya, bermasyarakat dan seterusnya bernegara. Semua itu perlu bermula dari DIRI kerana “ATTITUDE” itu 100% namun “FEAR of GOD” adalah 101 %.

Selamat berazam dan bertekad pada Tahun 2012 … Moga kita bukan sahaja sekadar HIDUP,  tetapi menjadi yang TERBAIK dan BERJAYA disisi ALLAH. Moga kita semua mendapat Rahman dan Raheem ALLAH sentiasa. Wallahu a’lam

Artikel ini merupakan salah satu bab dalam Buku ke 3 saya dan adalah dari tulisan asal bertajuk “ Mengapakah Revolusi Thailand 1932 boleh dilihat sebagai satu bentuk gerakan nasionalisma” yang dibentangkan pada Februari 2000 dalam Seminar Ijazah Tinggi Asia Tenggara di bawah kursus Kolonialisma dan Kebangkitan Semula Asia Tenggara. Setinggi penghargaan kepada  pensyarah-pensyarah saya, Prof. Dr. Aruna Gopinath dan Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze Ken dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Pendahuluan

Artikel ini cuba melihat perkembangan nasionalisma di Thailand atau Thailand kerana semangat nasionalisma di Thailand adalah berbeza jika kita bandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Perkara Ini disebabkan negeri Thailand ini adalah satu-satunya negeri yang tidak dijajah oleh sebarang kuasa  kolonial barat. Ini menjadikannya ia satu kajian kes sejarah  yang menarik dan saya cuba untuk menyorot perkembangan nasionalisma bermula dari zaman Raja Mongkut hinggalah terjadinya revolusi bersejarah 24 Jun 1932 yang dianggap satu bentuk gerakan nasionalisma di Thailand.

Read the rest of this entry »

Kajian ini telah dilaksanakan oleh saya bersama rakan-rakan akademia iaitu Suzana Basaruddin (ketua projek), Haslinda Sutan Ahmad Nawi, Nur Syufiza Ahmad Shukor, Kamaruzman Jusoff dan Nor Azah Jahari. Ia mengkhusus kepada kajian berkenaan Pusat Siber Rakyat (PSR) di Selangor dan telah berjaya diterbitkan di sebuah Jurnal Antarabangsa, World Applied Sciences Journal 11(1): 114-117, 2010. Kajian ini juga telah dibentangkan di 3 Seminar peringkat antarabangsa termasuk di Dubai dan Australia. Kajian yang ditaja oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah berkenaan penggunaan PSR di seluruh daerah di Selangor setelah sedekad PSR ini diwujudkan.

Abstract: Government provides public ICT hubs to ensure that community is ICT literate. Selangor state government sponsors public ICT hubs in order to address the digital divide issues especially in the rural area. This study was designed to determine the factors that influence the success and sustainability of ICT hubs that were provided by the Selangor State Government, Malaysia. Detailed analysis of 26 ICT hubs through questionnaires, interviews and observation were conducted. The results contributed to the formulation of 27 influencing factors and were categorized to three-perspectives: technology (five factors); organizational (sixteen factors); and environment (six factors).

Untuk teks penuh, sila klik http://idosi.org/wasj/wasj11(1)10/18.pdf

IDEA …

Posted: November 28, 2011 in Motivasi Diri, Pendidikan, V.I.S.I.

Small people
talk about others, 
Average people talk about things, 
Great people talk about ideas.

Kitalah sebenarnya yang menentukan halatuju kita … Pilihan di tangan kita: (1) adakah hanya selesa bercerita tentang orang lain, (2)  bercerita tentang perkara tanpa pelaksanaan atau (3) bercerita tentang IDEA. Perkara terbesar tentang manusia bukanlah kehebatan manusia itu menghantar manusia ke bulan, mencipta gadjet2 hebat, teori2 mega ataupun sistem2 canggih … tapi adalah keranan dikurniakan AQAL. Dari aqal inilah lahirnya IDEA. Ayat al-Qur’an pertama yang diturunkan kepada Rasul Junjungan Muhammad (SAW) di Gua Hira’ ternyata bermula dengan arahan untuk membaca iaitu IQRA’ (Surah al-Alaq: 1) … Bacalah dengan nama Tuhan (ALLAH) yang menciptakanmu. Gunakanlah AQAL untuk melahirkan IDEA2 hebat namun tidak bercanggah dengan hukum Shari’ah. Hanya dengan itu kita akan menjadi manusia yang mampu memberi faedah kepada dunia keseluruhannya.

Dalam masa dua hari lagi, umat Islam akan menyambut Awal Muharram atau turut disebut sebagai Ma’al Hijrah 1433H. Tarikh ini merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Sempena Tahun Baru Islam ini marilah kita sama-sama bertekad untuk berhijrah kepada keadaan lebih baik. Dari seorang Muslim kepada Mukmin. Dari seorang yang biasa kepada berjaya. Dari seorang yang baik kepada yang terbaik. Dari sekadar ada kepada berada. Dari seorang yang biasa saja amalan Ibadahnya kepada seorang yang hebat dan konsisten Ibadahnya yang akhirnya membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib seseuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Andai kita inginkan kejayaan, tekadlah azam sempena tahun baru Islam ini. Tidak perlu bertangguh untuk berjaya … jangan hanya lihat orang lain sahaja berjaya … kitalah penentu kejayaan kita sendiri. Dengan izin ALLAH apa yang terbaik yang kita cita-citakan pasti berhasil. Syaratnya ? Taqwa kepada ALLAH, berusaha,  doa’ dan kemudiannya bertawakkal.

Moga kita semua beroleh barakah dan rahmat ALLAH sentiasa … Wallahua’lam

Buku ini diterbitkan oleh A-eF Resources dan berharga RM2o.oo (termasuk penghantaran) .

Ia amat sesuai dibaca oleh semua golongan terutama para pencinta sejarah, peminat politik, pengkaji reformis Islam, para pelajar dan untuk bacaan umum.

Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkannya dengan membuat tempahan menerusi e-mail kepada : hamdan@fatdrigroup.com