Dalam kita meraikan kemenangan Skuad Harimau Muda ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011, satu aspek penting perlu dianalisa dan dicari solusi. Adakah kita sudah berpuas hati dengan kejayaan mempertahankan emas Sukan SEA? Puas hati menjadi juara Piala AFF? Telah menjadi jaguh di rantau Asia Tenggara? Jawapannya tentunya tidak sama sekali. Kita cuma jaguh di sebuah rantau yang tidak terkenal dengan kekuatan bolasepaknya. Sebelas buah negara di rantau ini bukan kuasa bolasepak di Asia. Mungkin cuma Thailand sesekali menggugat kuasa rantau. Malaysia sedang berusaha ke arah itu. Kejayaan rantau sudah dicapai. Namun ramai lupa bahawa kejayaan ini bukan datang sekelip mata. Pasti ada rentetan sejarahnya.
Kebangkitan Bolasepak Malaysia Siri 1
Posted: November 23, 2011 in Motivasi Diri, Rahsia Kejayaan, Sosial, Sukan, V.I.S.I.Tags: Bolasepak, Hamdan, Malaysia, Motivasi
Temui Saya Dalam Segmen TV “Apa Khabar Selangor”
Posted: November 22, 2011 in Motivasi Diri, Pendidikan, Politik, Rahsia Kejayaan, Sosial, V.I.S.I.Tags: Hamdan, Pendidikan, Politik, Selangor
Saya telah diberi penghormatan sebagai tetamu untuk rancangan “Apa Khabar Selangor” untuk membincangkan isu ilmuwan, pendidikan dan politik pada 7 Oktober 2010. Temuramah ini telah diadakan secara siaran langsung menerusi TV Selangor. Saya juga berkesempatan memperkenalkan buku Sulung saya, Politik Patani Pasca Revolusi Thai yang diterbitkan oleh AeF Resources.
Preview Vision Into Self Improvement (V.I.S.I)
Posted: November 22, 2011 in Motivasi Diri, Rahsia Kejayaan, V.I.S.I.Tags: Explorasi Diri, Motivasi, VISI
Salam Mula …
Posted: September 7, 2011 in Fatdri International, Motivasi Diri, Pendidikan, Perkhidmatan Saya, Politik, Rahsia Kejayaan, Reha Wealth Training & Consultation, SOHO, Sosial, Sukan, Usahawan, V.I.S.I.Tags: Hamdan, Usahawan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera …
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Blog ini merupakan satu lagi ruang untuk saya bekarya, berusahaniaga dan berkongsi dengan dunia sedikit sebanyak tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan saya. Profil saya boleh di akses menerusi http://hamdansalleh.wordpress.com/about/
Blog ini juga merupakan kesinambungan blog Dunia Mendan (hamdanmendan.blogspot.com) yang memuatkan artikel-artikel pelbagai secara santai. Blog ini saya hentikan setelah menjadi sumber ilham saya sejak 2008 dengan capaian lebih 15 ribu pembaca. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entri-entri di sana. Blog saya kali ini lebih fokus, merangkumi isu terfokus khas umpamanya agama, motivasi, perniagaan, sukan , politik, pengurusan NGO dsb. Isu-isu ini sangat dekat di hati saya atas kapasiti peranan saya selama ini sebagai pendidik, akademia, ahli perniagaan, konsultan, politikus, pemberi inspiriasi yang diinspirasikan, aktivis NGO dan yang paling penting sebagai seorang anak, suami, bapa dan hamba ALLAH yang ingin turut menyumbang sesuatu untuk kebaikkan di dunia dan akhirat.
Blog ini juga menawarkan beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Fatdri Group di mana saya adalah sebahagian daripadanya. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah konsultasi pelbagai, latihan organisasi, motivasi usahawan, alatan rehabilitasi keperluan khas, buku ilmiah dan banyak lagi. Semua ini atas hasrat untuk berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan serta perkhidmatan yang disediakan. Maklumat-maklumat berkaitan akan disiarkan secara berkala.
Moga saya terus diberi kekuatan untuk terus berkarya, terus berkongsi dengan siapa jua. Moga Allah menerima ini sebagai satu Ibadah. Moga kita semua mendapat rahmat dan redha Allah sentiasa. Amin.
Ilal liqa’
Hamdan M Salleh, DBA