Profil Hamdan M Salleh
Dr Hamdan Dato’ Hj. Mohd. Salleh. Berkelulusan Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia (Texas, 2010) dengan anugerah cemerlang universiti. Fokus tesis beliau adalah berkenaan program motivasi bertaraf dunia, Vision Into Self Improvement (V.I.S.I.) yang mana beliau merupakan salah seorang Master Trainer. Beliau kini sedang menyiapkan tesis di Universiti Selangor bagi ijazah Kedoktoran (PhD) keduanya yang mengfokus kepada Pengurusan Parti Politik. Selain itu, Dr Hamdan merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Asia Tenggara dari Universiti Malaya (2003) serta Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Kemanusiaan mengkhusus dalam Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998). Terlibat dalam bidang latihan dan pembelajaran sejak 1998 dan pernah mengendali konsultasi, rundingan, latihan dan pengajaran untuk pelbagai organisasi seperti Khidmat Negara (PLKN), Mahkamah Persekutuan, Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai lagi. Selain itu pernah diundang sebagai panel untuk beberapa rancangan televisyen dan radio. Turut menjawat jawatan Pensyarah Kanan serta mantan Ketua Jabatan Sains Sosial dan Ketua Program Sains Perpustakaan di Universiti Selangor. Dalam masa yang sama, telah diberi kepercayaan sebagai pakar rujuk bagi subjek Sains Politik dan Pengajian Malaysia untuk Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau juga pernah mengajar di beberapa IPT lain seperti di UiTM, UPM dan INPENS. Dr. Hamdan juga telah menghasilkan 4 buah buku akademik serta lebih 25 artikel / kertas kerja yang turut dimuatkan di dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti World Applied Science Journal. Sebagai tambahan, beliau juga sangat aktif dalam lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan termasuk antara lain sebagai Setiausaha Kehormat PAKAR, Setiausaha Eksekutif Kelab Wartawan Muda Malaysia, Pengerusi Perpustakaan Komuniti Tasik Puteri, dan ahli Persatuan Asia DiRaja Cawangan Malaysia (MBRAS) yang dinaungi oleh DYMM Sultan Selangor.
Latarbelakang Akademik:
2010-kini : Doctor of Philosophy (PhD – Sains Sosial, Sains Politik), UNISEL
2007-2010 : Doctor of Business Administration (DBA -Pembangunan Sumber Manusia), Univ. of West Valley, USA
1999-2003 : Master of Arts (Southeast Asian History), Universiti Malaya
1994-1998 : Bachelor of Human Sciences (Hons.) in Political Science min. Islamic Revealed Knowledge, Universiti Islam Antarabagsa Malaysia
1992-1994 : Matriculation Certificate in Human Sciences, Universiti Islam Antarabagsa Malaysia
Latarbelakang Kerjaya:
- 2005-kini : Reha Wealth Training & Consultations
- 2006-kini : Universiti Selangor
- 1998-2006 :Kolej Antarabangsa INPENS (dipinjamkan ke program Khidmat Negara pada 2006)
Info lain sedang dikemaskini …
[...] HomeMotivasi V.I.S.I.Tentang Hamdan [...]